Wednesday, December 30, 2009

BAgus!!

Assalamualaikum.

Aku sgt tension sbb .....

KENAPA TAKDE ORANG KEJUT AKU PERGI KELAS SEKALI!!!!
AKU ADE KUIZ LAA ARI NI!!!!!


aduuhhhh..

JANGAN BUAT AKU TERASA DIRI AKU GEMOK BALEK!!!

P/S : Aku Dah Nak Tukar No.Hp. Jadi, baek korang tanye aku lekas ape no. baru aku. HAHAHAHA.

Sekian

Tuesday, November 24, 2009

Aku rasa macam kenal je dia ni.



Sorry la kalau ade kena mengena dengan sape2.

Friday, November 20, 2009

HAI

Assalamualaikum wbt

Dah lama aku tak update BLOG ni. Hehehe. Busy skit laa dengan assigment, quiz ngan exam nye. pening kepala. Skarang ni baru terasa FREE kepala otak aku.

KEPADA SEMUA PELAJAR UPSR:

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Dan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik, anggaplah ini sebagai satu teladan dan perbaiki diri pada masa yang akan datang

KEPADA SEMUA PELAJAR PMR:

BERDEBAR-DEBAR kan tunggu result?? hahahha. Nasib korang laa. tapi aku tengok adek aku rileks je. Tapi dia mmg budak pandai n SUPERB laa.

KEPADA SEMUA PELAJAR SPM:


SELAMAT BERJAYA dengan peperiksaan yg anda hadapi. Moga perbanyakkan usaha serta doa kepada tuhan agar di buka minda menjadi lapang dan kuat ingatan. Jangan lupa solat! Wajib dowh! Jangan tinggal! Mohon doa dari family anda yeee.

KEPADA AKU:

Aku pulak tengah tunggu result aku. Damnnn! cuak kebebeh siot! YA ALLAH, ko bukakan la hati pemeriksaan jawapan exam aku supaya dia lembut hati bagi aku markah tinggi! AMIN~~~

SEKIAN! :))

Tuesday, October 20, 2009

sial!!

Aku Bengang!!!
KENAPA AKU TAK BOLEH DELETE ACCOUNT MYSPACE AKU!!!!!!
SIAL BETUL LAaaaaa!!!

Thursday, October 15, 2009

Twisties!!

Assalamualaikum w.b.t

Ye ye! Aku tau korang dah tau aku nak start merepek lagi. So, baca je la. taknak baca, please getta hell outta here! hahaha! Hari ini persamaan dengan 15 Oktober 2009, mood aku ade sedikit kelainan dari hari yang biasa. Perasaan aku menjadi gundah-gulana, hati aku menjadi ghairah, mata aku berkeliaran mencari ruang cahaya yang dapat membuatkan aku rasa ceria kembali.

Tadi aku balik umah kejap. Aku tengok jiran aku ada kat situ. Tetiba dia berkata:

"Eh, ni Hafeez ke??"

"Iye makcik, makcik sihat??"

"Sihat Alhamdulillah. Macamane boleh kurus ni?? UNBELIEVEABLE!!"

"Taktau la makcik. tetiba dia nak kurus sendiri.(macamla aku gemok sangat sebelom ni..)"

"Hahahaha. Bagila petua kat makcik skit."

"Hmmm. Makcik kena rajin exercise, kurangkan makan makanan yg berlemak."

makcik berdiam sejenak,
"Perli makcik ke?? Taula makcik suka makan makanan berlemak dgn kurang exercise."

aku senyum sinis sahaja,
"Sumpah apeez tak perli makcik, dah makcik tanye, apeez jawabla. Sorryla kalau apeez terkasar bahasa."

Lepas tu makcik aku ketawa besar. Lega aku. Aku ingat dia nak merajok atau nak ajak aku ber'wrestling' dengan dia. MAUT la aku jawabnya...tapi selamat dia ok.
hahahha. Agak kelakar jugak la jiran aku ni. Selamat anak dia lawa, kalau tak dah lama aku kutuk dia KAW-KAW. Eh eh. Takdela. Aku bergurau kecil-kecilan sahaja.

Erm, malam skit lagi aku nak kena ambik adek aku kat KUALA SELANGOR. Dia baru habis exam besar dia [PMR]. Aku doakan dia berjaya dengan cemerlang. Aminnn~~

itu sahaja untuk kali ini.

-TAMAT-

Monday, October 12, 2009

Assalamualaikum w.b.t


Aku dah kurus.

MISSION IMPOSSIBLE 50% REMAINING

.::Sekian::.

Sedang Mencari...

Assalamualaikum w.b.t

Macam biasa, aku suka merepek kat sini macam selalu. Tapi hari ni aku berasa sangat gembira dengan what is happen to me. HAHAHA. Aku baru dapat result paper dan markah yang diperolehi boleh dibanggakan jugak. Alhamdulillah, tak sia-sia usaha aku.

Erm, disini juga aku ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang ku kenali kerana tidak dapat mengonfemkan tarikh "OPEN HOUSE" yakni RUMAH TERBUKA aku. Sebabnya, bahan-bahan untuk korang melantak dan mentekedarah belum lagi dapat disediakan. Insyaallah, rezeki dah ade, aku jemput korang. Tapi kalau korang nak datang jugak, aku silakan je. Rumah aku memang sentiasa terbuka untuk sahabat-handai.

Hari Isnin minggu depan cuti!! Yeaahhh! Sangat best!! Aku dapat cuti 3 hari!!
Bukan sebab aku sambut deepavali laa, aku suka sebab dapat cuti jee..

Kepada makhluk tuhan yang lain, aku mintak maaf kerana perangai buruk aku sering menjadi-jadi.

[DOA SAMPINGAN : Ya Allah. Kau permudahkan aku mencari pasangan hidupku meskipun hamba-Mu ini tidak sempurna hidupnya. Amin.]

.::sekian::.

Wednesday, October 7, 2009

Dilemaa

Assalamualaikum w.b.t

Takde benda nak cerita kat korang.
Saje nak merepek kat sini. Aku tengah tension giler nak mampusss!!!!
ffuuuuhh!! lepas pun tension.
Kenape aku tension?? Baik korang tak payah tau.

Aku rasa aku patut buat biasa je dengan masalah ni.

-TAMAT-

Thursday, October 1, 2009

PROMOTOST!!

Aku nak jadi dealer untuk kasut ONITSUKA
ORI beb! Kasut ONITSUKA yang murah giler!
Tak dapat kat kedai lain.




[KASUT ni berharga RM250. fix price. Dah murah giler la ni. MINI COOPER EDITION. ]





[KASUT ONITSUKA tiger asis. HARGA : RM 180 nett. Lawa gila!]


FYI : kepada sesiapa yg berminat mahu membeli kasut ini. sila beritahu bagaimana hendak menghubungi anda. kita akan berurusan secara COD.(pos NO.HP kat chatbox sekali dengan NAMA.)

Kasut ini terbaik dari ladang dow. tak dapat harga murah camni kat tempat lain. Aku tak tipu. MEMANG ORIGINAL!. Segala pertanyaan boleh ditanya di sini.


.TERIMA KASIH.

TAkut....

Assalamualaikum w.b.t

Moga2 kawan-kawan ku sihat sejahtera.
hari ni hari yang agak best dan takut bagi aku sbb aku menjumpai penemuan baru yang di panggil "HANTU!!".
Aku rasa korang mesty tak pecaya dengan ape yang bakal aku tunjukkan nanty. Nauzubillah himinzaliq.
Aku sendiri pun terasa naik bulu tengkok. tapi pada masa yg sama terasa best jugak! sbb akhirnya aku dapat jugak tengok "HANTU".

DI minta kepada perempuan mengandung dan ex-HISTERIA serta para lemah jantung dan semput besar dan kecil-kecilan, jangan tonton ape yg bakal di tunjuk kan.

[saiz gamba ni mmg tak nmpk "HANTU" ni, korang klik je kat gamba tuh. nanty korang dapat saksikan "HANTU" ini.]
TERIMA KASIH.

Harap2 benda ni tak ikut aku balik umah.
SEKIAN,,

Wednesday, September 23, 2009

MySpace.::.::.

Assalamualaikum w.b.t


Aku bakal men DELETE kan MySpace aku sebab aku rasa dah takde sebab untuk aku terus hidup dengan makhluk ciptaan manusia ini. HAHAHA. Aku tau dah banyak kali aku bgtau korang, tapi aku tak buat jugak. Tapi takpe. Insya-Allah, aku aku delete jugak nanti. Jangan risau.



Lokasi penggambaran ini adalah di Giant, LONDON.


Gamba ni telah di taken oleh adik aku(Hazreel). Memang aku yang suruh dia ambik. Lepas tu, angah(Harith), dia pula mintak ambik gamba dia pulak macam aku. [Dia memang suka tiru aku. HAHAHA! saje je.].
Akak Casher sebelah menyirap je kat aku. Yelaa, dia nak bergambar jugak macam aku. tapi tak dapat. wahahaha!

"Adik, ambik la gambar dengan kakak skali!".

"HaH?!, Taknak laa. Akak buat la keje tu. Kang bos akak marah pulak nanti."

Aku blah terus lepas berborak dengan akak tu.

----- -----

Tuesday, September 22, 2009

S.H.R.A.F.M.Z.D.B.

Assalamualaikum w.b.t

1 Syawal 1430 hijrah.
20hb September 2009.

Hari Raya Aidil Fitri bermula dengan takbir memuji kebesaran ALLAH S.W.T mengajak umat islam menyambut hari kemenangan di mana "mereka" berjaya menahan diri dari makan dan minum serta perbuatan mungkar di bulan Ramadhan.

Seperti biasa, aku nak berceloteh di sini utk menceritakan bagaimana aku beraya. hahahaa.

First sekali aku nak cerita Hari Raya pertama dan Kedua(separuh hari), aku beraya di KLANG, Selangor. Tak ramai saudara-mara yang balik sini. tapi keadaan tetap meriah dengan saudara yang ada.

Aku ade singgah rumah dia tapi hampa. malas nak citer.









[Ini je la sedikit sebanyak gambar HARI RAYA di Klang.]

Sedara perempuan aku suma mintak aku tolong diorang ambik gamba. Bising gile! "Malas la aku, korang mintak boboy ambikkan.",kata Hafeez. "Tolong la apeez, pleaseee!",gaya gedik teramat dari along(Nadia). "Ambikkan je la hafeez, dengan sedara pun nak berkira.", kata nenek aku dengan suara agak lantang. Terpaksa la aku ambik, kang dia membebel pulak.

Lepas sesi penggambaran, kaum Adam pergi melawat kubur arwah atuk. AL-Fatihah.

Elok-elok je aku sampai umah,

NENEK : "HAFEEZZZ!!! BOBOY!!!! YANNNN!! CAPITTTTTT!!"

KAMI : "Yeee neekk...."

NENEK : "Pergi tangkap ayam kampung cepat!! Nak buat rendang ni!"

Aku dan sedara aku yang lain terpaksa akur dengan perintah nenek. Kami tak terdaya nak melawan, kang dia mengamuk, lagi parah. Jadi, terpaksa la ikut. (dah pakai baju melayu hensem-hensem, disuruhnya jerat ayam pulak. ceeihhh!) Aku dengan Boboy, Yan dengan Capit. masing-masing dapat 2 ekor.
PENAT!!



SETERUSNYAAA....

Hari Raya Kedua(separuh hari)dan Ketiga pula aku di TELUK INTAN, Perak Darul Ridzuan.

Di sini pun meriah jugak. Hahaha! walaupun saudara aku kat sini tak ramai tapi tetap best! Tapi aku takde gamba raya kat sini. Gamba suma kat kamera saudara aku. kamera aku takde bateri time tu. hampeehhh~~.

Malam Raya Ketiga aku balik rumah(GOMBAK). Penat giler. Mane tak nya. Setiap kali keluar aku yang drive. Memang penat laa. Aduhai... tapi takpe. Hari ni aku nak tido puas-puas.

Duit raya kesemuanya aku dapat -----------> RM10.00(nett).
Sedih giler. Masa salam dengan pakcik ngan makcik aku, semua buat-buat tak paham bila turn aku. baguihhh!. Memang aku dah agak aku takkan dapat rase duit raya tahun ni. huhuhu. Nak buat macamane, dah rezeki takde kn, terima jelaaa.

itu sahaja.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR&BATIN. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki segala kesalahan yang telah aku lakukan pada semua.
Moga semua dirahmati Allah dan mendapat kemenangan yang ulung!

Wednesday, September 16, 2009

Dorae.mon

Assalamualaikum w.b.t

Hari isnin yang lepas,aku serta bonda keluar bersiar-siar di KLCC selepas aku menghantar kedua-dua adik aku ke sekolah.

"Along, jom la cepat. Pegi sembahyang zohor dulu."

"Baik maaa!."

Lepas aku semayang zohor, lantas aku ambil kunci kereta bonda dan terus menghidupkan kereta beliau.

"Kita nak pegi KLCC ke ma?"

"Aah. kita shopping-shopping skit."

"COOLL!!"

Setibanya di KLCC, bonda ajak aku pergi beli SELUAR LEVI's dia. Aku follow je. 'cadi' la katakan. lepas tu, aku ajak bonda beli jam kejap. aku dah lama mengidap nak beli jam. akhirnya dapat jugak. GUMBIRA.

Lepas tu kami ke tengah-tengah pusat membeli belah tu, ade PAMERAN LUKISAN 'KAMPONG BOY'. menarik!!
Aku dan Bonda mula mengambil gambatto!




Inilah sedikit sedutan gelagat anak dan juga ibunya apabila sudah bersatu padu!

Best dowh shopping dgn mama! nanti kita shopping lagih! YEAH! HAHAHA.

Aku tau korang memang jeles dowh, tapi nak buat macamane. Tahan je laaa.
Kat KLCC time tu ade jual kuih-muih ngan baju raya. banyak giler!

Jadi, kepada sesiapa yang belum lagi beli baju raya atau kuih raya, sila berbuat demikian di KLCC. Harga berpatutan dan memang sedap! tak tipu!

Saturday, September 12, 2009

Cappati Deyh!

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak bgtau kat korang semua, membe aku suruh aku post gamba dia kat BLOG aku sbb dia ade beli handphone baru dan canggih. ciehh! Jeles aku. Dia beli handphone nokia model N97 kalau tak salah aku. Memang dia riak dan TAKKABBUR jadinya.(guna harakat panjang dan qalqalah KUBRA.)


Nama budak ni MAMAD

Aku pun sempat gak test handphone dia. Function giler. Lepas ni banyak la perempuan melekat kat membe aku. Handphone dah canggih. mesty perempuan terpikat. Macam aku, ape yang ade. Handphone pun murah. Awek pun tak pandang. huhuhuh.



Hari jumaat ni aku nak pulang ke rumah dah. Jadi,aku kemas bilik aku dulu supaya sedap sikit mata memandang. Bila dah kemas, aku pegi mandi pulak. Maklum la,bau badan macam gajah,kena laa mandi.




Lepas je aku kemas, terus aku balik umah. Aku sampai umah je, aku tgk mak aku sedang buat kuih raya. Huhuhu.
SEDAP!!

.::SELAMAT BERPUASA DAN MENAHAN HAWA NAFSU!::.

Thursday, September 10, 2009

T.a.t.U

Assalamualaikum w.b.t.(sila jawab salam ini bagi yg muslim.)


Hari Rabu, jam 2300, kawan-kawan ajak keluar tengok wayang cerita FINAL DESTINATION 4. Perghhhh, cerita dia sungguh menyaspenkan. Sinopsis yang aku boleh buat terhadap cerita ni, cara watak-watak yang berlakon ini mati dalam keadaan yang cukup drastik sekali. Ade jugak part-part yang kelakar, cara mati dia pun tak logik. Dari benda kecik jadi benda besar giler. Comment aku terhadap cerita ni, aku bagi 8/10 STAR. Sapa-sapa yang belum tengok, pegi la tengok. Kalau dapat tgk yg 3D punya lagi best! Macam REAL beb!

Habis wayang pukul 2.30. Membe ajak lepak tengok bola.

"Weh, jom tengok bola"

"kat mane??"

"Maple sudah..."

"Ape lawan ape pagi neh?"

"England lawan Croatia"

"jom tgk jom!!"

"kita lepak MALEK sudah.."


Setibanya di Malek, aku dan kawan-kawan round-round dulu uptown DANAU KOTA. saja pusing-pusing. Cuci mata. dah habis pusing-pusing, kami pun tgk bola. ENGLAND 5-1 CROATIA

Kami balik UIA dengan keadaan yang penat. Dah sampai bilik, berd cuba pancing aku utk bermain game HALF LIFE.

"damnnnnnn!! aku ngantok siot! jangan nak hasut aku la berd"

"ahahahaha! 'peciuhhhhh peciuhhhhh'(nada bunyi tembakan)"

"aahhhh, takde takde. aku nak tido!"


Aku pun cuba tido. tapi tak boleh.
Akhirnya aku tekad utk menganggu seorang gadis comel menerusi telefon bimbit.

"Awak.."

"Ye"

"kita nak kacau awak boleh??"

"boleh je"

aku pun terus call dia. berborak manja sinis disertai dengan gelak ketawa bertubi-tubi. hahaha. ilang sikit rindu ni.

Kemudian aku tertidur. Dia marah agaknya. SORRY!



Saja Nak Menunjuk-nunjuk! Hahaha!

Saturday, September 5, 2009

Kadang-Kadang

Assalamualaikum w.b.t

Sedih bila aku tengaok meja aku bersepah.
Jadi, aku dah kemas kan supaya ia kelihatan kemas dan cantik.



Aku tau biasa je. Tapi susah nak tengok laki macam aku kemas meja sendiri.
That's look B.E.A.utiful!!

Benda lagi satu benda aku nak tunjuk kat kau wahai kawan ku!



Aku tak berniat nak nganjing kau. Tapi tiap kali bergambar, kau nak tayang DSLR ko kan? Kalau tayang SAHAJA aku tak kisah. Ni siap nak tanya aku byk kali. Ye, aku memang takde camera tu, jangan asyik tanye benda sama boleh tak??? meluat aku. Aku tak sehensem kau nak beli DSLR. tapi Apeez dan Shai dan buat satu gambar ekslusif untuk kau.

.::KAWAN, NO HARD FEELING PLEASE::.

Friday, September 4, 2009

DONE.


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah 5 hb September 2009 persamaan 15 Ramadhan 1430H. Alhamdulilllah, ibadah puasa berjalan lancar dan aku tak tinggal puasa dan takkan tinggal puasa. Abah aku pesan, "kalau aku tinggal puasa, ko tanggung la DOSA besar". Mak aku pulak cakap, "kalau along tinggal puasa, meh mama tikam along dengan pisau ni.". itu adalah gurauan daripada bonda dan ayahanda aku.

Iya, aku tau. Kau dah tak perlukan aku lagi. Hidup kau penuh dengan happiness macam cite THE PIRSUIT OF HAPPINESS. Tapi takpela, aku tak boleh nak beriya-iya lebih kalau dah dia start benci aku. Takpela. Aku dah biasa. Hidup aku memang macam ni. Ntah la, kadang-kadang aku rase nak mati pun ade. Ya allah, kau berilah kekuatan dalam diriku ini.


PERKARA-PERKARA LAIN:

1. Kepada foreigner bilik aku : kau jangan nak banyak komplain la. suka hati aku la nk tgk citer hindustan. bukan nya pakai tenaga kau.

2. Terima kasih kawan-kawan kerana mengadakan pesta besar-besaran membaling telur,seluar dalam busuk serta tepung berkati-kati. habis baju n seluar aku kena buang.

3. "hafeez, datang tau umah makngah. sedih makngah kalau hafeez tak datang. Makngah nk celebrete besar-besaran utk kita dua". Iye makngah. Apeez balik la nnty. makan lagi. bila laa berat badan aku nk turun ni.

4. Utk si Dia. Mintak maaf utk segalanya. hidup aku sekarang dah penuh dosa kat orang sekeliling terutama DIA.


(luahan hati: byk nya exam!!! dah dah la tu!!)


-THE END-

Thursday, September 3, 2009

Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni minggu yang paling memenatkan aku. Selalu aku dapat enjoy, tapi skarang aku kena pulak mengadap Mr.Book yg tebal lagi membosankan. Hari jumaat ni exam calculus. Kena time malam pulak exam tu, aku dah rase down. Dah la lepas bukak puasa, dah kena datang exam pulak. tersangat la F**K nyee.(jangan contohi ayat ini).

Tapi nak buat macamana, aku terpaksa hadapi jugak. Doakan la aku boleh jawab exam tu nanty.

Aaaa. Aku ade satu cerita menarik nak tell kat korang. Pada satu hari(tak igt la ari ape), aku balik dari kelas naik motor nak kluar UIA beli topup kat luar. Masa dalam perjalanan tu, aku terpandang ada satu awek ni naik moto dengan gaya rempit. Memang cara beb dia bawak RXZ, korg bayangkan dengan baju kurung warna oren, bawak motor tonggek, rem motor kuat-kuat. gaya siot. tapi bukan itu yang nk aku tekankan. hahaha. yang aku nak citer, dia boleh ajak aku racing dgn dia. Dia bakar-bakar sebelah aku siap dengan angkat kening. Aku pun terasa panas di dalam hati. ok, fine! aku pun rem ar motor aku sekuat kuatnya. Alih alih, dia potong aku selambe je. Sial tol dia tinggal aku 3 tiang. Aku dah start putus asa dan ambik keputusan malas nk bawak laju laju dah. Masa onda way tu, aku nmpk minah tadi lambai-lambai tgn dia kat tepi jalan kat aku.
Aku pun pergi la kat dia. Sekali dia cakap kat aku, "Abang, motor i minyak abes la, tolong belikan minyak dua inggit kat PETRONAS depan tu boleh??". Aku gelak bertubi-tubi kat dia dan berkata "Hahahaha. Padan la muka ko. Aku igt ko laju laju tadi dah sampai umah, rupanye kat sini lagi, takde takde. ko pegi sendiri. aku nak balik cepat ni. hahahahaha" aku pon belah dari situ..

HAHAHA. Paan muka minah tu. Bajet power. Tak dapat la eden nk nolong ko. Aku balik UIA dengan keadaan GEMBIRA.

THE END

moral: lain kali jangan nk poyo poyo dgn aku la.. ahahaha.

NA.NA.NA.NA.NA.NA.NA.NA.

Sunday, August 30, 2009

kelas....



Assalamualakum w.b.t

Hari Tuesday start kelas.
Penat ya rabbi.
Assignment banyak lagi tak siap.
Tapi perasaan malas menguasai diri ni.
Tambahan pula dengan puasa.
Tapi takpe.
Azam aku nk kurus.
Mintak mintak diberkati.
Berat aku dah melampau sangat.
Tu sebab nak kurus.


Aku berdoa hidup aku aku lebih diberkati.
Aku nak mintak maaf kalau aku ade sakit kan hati sapa-sapa.

Bunga Api



Assalamualakum w.b.t

Aku tak boleh tidur lepas sahur, jadi aku ambil keputusan untuk terus berjaga.Aku pegi ambik bunga api dalam kotak kat depan. best dowh jadi budak-budak ni.
Jiran aku pandang aku, dia geleng-geleng kepala. macam india. hahaha.


Tapi hidup jadi budak-budak ni memang best sebenarnya....
Kalau lah aku boleh patah balik masa, mesty bestt...