Assalamualaikum w.b.t
1 Syawal 1430 hijrah.
20hb September 2009.
Hari Raya Aidil Fitri bermula dengan takbir memuji kebesaran ALLAH S.W.T mengajak umat islam menyambut hari kemenangan di mana
"mereka" berjaya menahan diri dari makan dan minum serta perbuatan mungkar di bulan Ramadhan.
Seperti biasa, aku nak berceloteh di sini utk menceritakan bagaimana aku beraya. hahahaa.
First sekali aku nak cerita Hari Raya pertama dan Kedua(separuh hari), aku beraya di KLANG, Selangor. Tak ramai saudara-mara yang balik sini. tapi keadaan tetap meriah dengan saudara yang ada.
Aku ade singgah rumah
dia tapi hampa. malas nak citer.





[Ini je la sedikit sebanyak gambar HARI RAYA di Klang.]Sedara perempuan aku suma mintak aku tolong diorang ambik gamba. Bising gile! "Malas la aku, korang mintak boboy ambikkan.",kata Hafeez. "Tolong la apeez, pleaseee!",gaya gedik teramat dari along(Nadia). "Ambikkan je la hafeez, dengan sedara pun nak berkira.", kata nenek aku dengan suara agak lantang. Terpaksa la aku ambik, kang dia membebel pulak.
Lepas sesi penggambaran, kaum Adam pergi melawat kubur arwah atuk.
AL-Fatihah.Elok-elok je aku sampai umah,
NENEK : "HAFEEZZZ!!! BOBOY!!!! YANNNN!! CAPITTTTTT!!"
KAMI : "Yeee neekk...."
NENEK : "Pergi tangkap ayam kampung cepat!! Nak buat rendang ni!"
Aku dan sedara aku yang lain terpaksa akur dengan perintah nenek. Kami tak terdaya nak melawan, kang dia mengamuk, lagi parah. Jadi, terpaksa la ikut.
(dah pakai baju melayu hensem-hensem, disuruhnya jerat ayam pulak. ceeihhh!) Aku dengan Boboy, Yan dengan Capit. masing-masing dapat 2 ekor.
PENAT!!
SETERUSNYAAA....
Hari Raya Kedua(separuh hari)dan Ketiga pula aku di TELUK INTAN, Perak Darul Ridzuan.
Di sini pun meriah jugak. Hahaha! walaupun saudara aku kat sini tak ramai tapi tetap best! Tapi aku takde gamba raya kat sini. Gamba suma kat kamera saudara aku. kamera aku takde bateri time tu.
hampeehhh~~.
Malam Raya Ketiga aku balik rumah(GOMBAK). Penat giler. Mane tak nya. Setiap kali keluar aku yang drive. Memang penat laa. Aduhai... tapi takpe. Hari ni aku nak tido puas-puas.
Duit raya kesemuanya aku dapat -----------> RM10.00(nett).
Sedih giler. Masa salam dengan pakcik ngan makcik aku, semua buat-buat tak paham bila turn aku.
baguihhh!. Memang aku dah agak aku takkan dapat rase duit raya tahun ni. huhuhu. Nak buat macamane, dah rezeki takde kn, terima jelaaa.
itu sahaja.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR&BATIN. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki segala kesalahan yang telah aku lakukan pada semua.
Moga semua dirahmati Allah dan mendapat kemenangan yang ulung!