Thursday, October 15, 2009

Twisties!!

Assalamualaikum w.b.t

Ye ye! Aku tau korang dah tau aku nak start merepek lagi. So, baca je la. taknak baca, please getta hell outta here! hahaha! Hari ini persamaan dengan 15 Oktober 2009, mood aku ade sedikit kelainan dari hari yang biasa. Perasaan aku menjadi gundah-gulana, hati aku menjadi ghairah, mata aku berkeliaran mencari ruang cahaya yang dapat membuatkan aku rasa ceria kembali.

Tadi aku balik umah kejap. Aku tengok jiran aku ada kat situ. Tetiba dia berkata:

"Eh, ni Hafeez ke??"

"Iye makcik, makcik sihat??"

"Sihat Alhamdulillah. Macamane boleh kurus ni?? UNBELIEVEABLE!!"

"Taktau la makcik. tetiba dia nak kurus sendiri.(macamla aku gemok sangat sebelom ni..)"

"Hahahaha. Bagila petua kat makcik skit."

"Hmmm. Makcik kena rajin exercise, kurangkan makan makanan yg berlemak."

makcik berdiam sejenak,
"Perli makcik ke?? Taula makcik suka makan makanan berlemak dgn kurang exercise."

aku senyum sinis sahaja,
"Sumpah apeez tak perli makcik, dah makcik tanye, apeez jawabla. Sorryla kalau apeez terkasar bahasa."

Lepas tu makcik aku ketawa besar. Lega aku. Aku ingat dia nak merajok atau nak ajak aku ber'wrestling' dengan dia. MAUT la aku jawabnya...tapi selamat dia ok.
hahahha. Agak kelakar jugak la jiran aku ni. Selamat anak dia lawa, kalau tak dah lama aku kutuk dia KAW-KAW. Eh eh. Takdela. Aku bergurau kecil-kecilan sahaja.

Erm, malam skit lagi aku nak kena ambik adek aku kat KUALA SELANGOR. Dia baru habis exam besar dia [PMR]. Aku doakan dia berjaya dengan cemerlang. Aminnn~~

itu sahaja untuk kali ini.

-TAMAT-

1 comment: